home

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, May 21, 2014


CABARAN GUNUNG NEGARA 2014

GRAND FINAL CABARAN GUNUNG NEGARA 2014 (SGN’14)


Sirkit 3: Grand Final: Gunung Berembun, Terengganu (7 September 2014).Hanya layak bagi kategori TERBUKA LELAKI, TERBUKA WANITA, VETERAN LELAKI, JUNIOR LELAKI DAN JUNIOR WANITA sahaja. Untuk melayakkan menjadi pemenang keseluruhan, peserta diwajibkan menyertai kesemua sirkit. Peserta tidak dibenarkan menukar kategori dalam satu musim pertandingan. Sistem mata diberikan untuk pemenang tempat pertama hingga ke – 50 sahaja bagi semua kategori. Pemenang keseluruhan yang mengumpul mata tertinggi akan layak mendapat hadiah yang ditawarkan serta  dinobatkan sebagai JAGUH GUNUNG NEGARA 2014.


SISTEM MATA SIRKIT CABARAN GUNUNG NEGARA 2014 (SGN’14)
KEDUDUKAN
MATA

KEDUDUKAN

MATA


T1
200
T26
72
T2
194
T27
68
T3
188
T28
64
T4
182
T29
60
T5
176
T30
56
T6
170
T31
53
T7
164
T32
50
T8
158
T33
47
T9
152
T34
44
T10
146
T35
41
T11
141
T36
38
T12
136
T37
35
T13
131
T38
32
T14
126
T39
29
T15
121
T40
26
T16
116
T41
24
T17
111
T42
22
T18
106
T43
20
T19
101
T44
18
T20
96
T45
16
T21
92
T46
14
T22
88
T47
12
T23
84
T48
10
T24
80
T49
8
T25
76
T50
6

















































(Digunakan untuk ketiga-tiga kategori pertandingan) 

Perlumbaan mendaki gunung yang meliputi tiga sirkit iaitu Sirkit 1 dinamakan YTAC Mount Datuk Challenge dan telah berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan pada 26 Januari lalu. Sirkit 2 pula adalah Perak International Mount Bujang Melaka Challenge di Kampar, Perak pada 6 April ini, manakala Sirkit 3 dinamakan Grand Final Terengganu International Mount Berembun Challenge pada 6 September.

 Perlumbaan mendaki gunung ini berkonsepkan sirkit. Ia kini menjadi acara tahunan berikutan respons dan sambutan hebat daripada ramai peserta. Sambutan itu dapat dilihat dalam kejayaan penganjuran SGN pada tahun lalu. Antara objektif SGN diperkenalkan adalah bagi menjadikan aktiviti perlumbaan mendaki gunung sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Sukan Pelancongan di Malaysia. Ia sekali gus dapat mempromosikan dan menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berekreasi serta menghayati keindahan gunung-ganang dan hutan hujan tropika di Malaysia.

 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, acara ini dapat merancakkan lagi industri pelancongan setempat secara maksimum, kesan daripada promosi dan kehadiran pelancong luar negara. Melalui acara ini, berharap agensi-agensi pelancongan termasuk hotel dan resort dapat menjadikan aktiviti mendaki gunung sebagai salah satu pakej sukan pelancongan yang berteraskan produk alam semula jadi di Malaysia.

 Acara itu menawarkan hadiah wang tunai, hadiah iringan dan hadiah cabutan bertuah. Keseluruhan hadiah bernilai RM55,000 dan ia menjadi habuan untuk para peserta yang menang. Dalam pada itu, kategori pertandingan pada tahun ini dikekalkan kepada sembilan kategori iaitu Antarabangsa Lelaki dan Wanita; Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita (berumur 19 tahun ke atas); Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun ke atas); Terbuka Remaja Lelaki dan Wanita (15 - 18 tahun) dan Tertutup Tempatan Lelaki dan Wanita (19 tahun keatas). Pingat penamat akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan.

 Sementara itu, terdapat beberapa perubahan dan penambahbaikan dalam SGN'14, antaranya terdapat beberapa hadiah khas diberikan kepada wanita veteran berumur 40 tahun ke atas yang memasuki kategori terbuka wanita. Selain itu, terdapat juga hadiah khas diberikan kepada senior veteran lelaki berumur 55 tahun ke atas. Bagi memeriahkan penyertaan kali ini, penganjur menyediakan hadiah misteri kepada mana-mana kumpulan yang membuat pendaftaran 20 orang peserta ke atas.

No comments:

Post a Comment