home

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, May 31, 2014


Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014

Tarikh: Ahad, 31 Ogos 2014
Tempat: Hutan Lipur Bukit Hijau, Kulim, Kedah
Yuran: RM60 (tshirt dry-fit, insurans, goodies, pingat, makan tengah hari, dan sijil)
RM1 dari setiap yuran penyertaan akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim.
Jarak: 42-45km (jarak dan route akan diupdate dari semasa ke semasa)

Kategori:
Junior<> Untuk peserta di bawah umur 21 tahun
Senior<>Untuk peserta di antara umur 22 - 35 tahun
Junior Veteran<> Untuk peserta diantara umur 36 - 45 tahun
Senior Veteran<> Untuk peserta berumur 46 tahun dan keatas
Mens Open<>Terbuka untuk semua peserta lelaki
Womens Open<> Terbuka untuk semua peserta perempuan

Hadiah yang sama akan diberikan kepada semua pemenang untuk semua kategori kecuali kategori Mens Open. Hadiah untuk kategori Mens Open adalah lebih lumayan. Semua peserta yang sampai ke garisan penamat akan mendapat pingat. Sebanyak 300 hadiah cabutan bertuah disediakan.

Pendaftaran:
Tarikh tutup pendaftaran adalah 31 Julai 2014
Pendaftaran boleh dilakukan di sini dengan mengisi borang yang disediakan. Untuk download borang yang boleh dicetak, sila click link berikut:


Ringkasan Program

Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014 / Kayuhan Merdeka Bukit Hijau 2014 ini merupakan satu usaha integriti sosial dalam skop kesukanan dan alam semulajadi, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah. Ini adalah selari dengan peranan dan tanggungjawab Kelab Sukan Rekreasi JPC yang ditubuhkan dalam usaha untuk mempromosi aktiviti sukan lasak kepada rakyat Malaysia amnya. Pelbagai manfaat dan faedah diperolehi oleh semua yang terlibat dalam acara ini secara langsung mahupun tidak langsung seperti dapat mengalakkan gaya hidup sihat dan menanam semangat patriotik dan cintakan negara.

Tarikh 31 Ogos dipilih iaitu Hari Merdeka Malaysia, dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia era ini amat serius dalam menjalani kehidupan yang sihat dan dapat mengalakkan para peserta melakukan aktiviti yang bermanfaat di waktu cuti. Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan kerjasama antara agensi kerajaan yang terlibat sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti sosial seperti ini. Para Peserta juga dapat beramal dimana setiap RM1 dari yuran pendaftaran akan didermakan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih.

Diharapkan melalui jambori basikal ini, kita akan dapat menggangkat dan memartabat kewibawaan Kelab Sukan Rekreasi JPC dalam usaha mempromosikan aktiviti sukan lasak kepada rakyat Malaysia, dapat memperkenalkan Hutan Lipur Bukit Hijau sebagai salah sebuah tempat pelancongan yang menarik disamping dapat meningkat dan memantapkan ilmu berasikal disamping komitmen dan keakraban ukhwah khususnya dalam jiwa setiap para peserta.

Program Tentative

06.30 am: Registration
07.30 am: Opening and Launching Ceremony
12.30 pm: Luncheon
01.00 pm: VIP and Invitations Arrival
                  Closing Ceremony and Prize Giving Ceremony
02.00 pm: Dismiss

Hubungi / Contact:

Ammar B. Mohd. Mariti - 016 435 8364
Faruk Hassan B. Redzzuan - 013 281 8430



Laluan pertandingan 





No comments:

Post a Comment