Bukit
Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014
Tarikh: Ahad, 31 Ogos 2014
Tempat: Hutan Lipur Bukit Hijau,
Kulim, Kedah
Yuran: RM60 (tshirt dry-fit, insurans,
goodies, pingat, makan tengah hari, dan sijil)
RM1 dari setiap yuran penyertaan akan
disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim.
Jarak: 42-45km (jarak dan route akan
diupdate dari semasa ke semasa)
Kategori:
Junior<> Untuk peserta di bawah umur 21 tahun
Senior<>Untuk peserta di antara umur
22 - 35 tahun
Junior Veteran<> Untuk peserta diantara
umur 36 - 45 tahun
Senior Veteran<> Untuk peserta berumur
46 tahun dan keatas
Mens Open<>Terbuka untuk semua peserta
lelaki
Womens Open<> Terbuka untuk semua
peserta perempuan
Hadiah yang sama akan diberikan kepada
semua pemenang untuk semua kategori kecuali kategori Mens Open. Hadiah untuk
kategori Mens Open adalah lebih lumayan. Semua peserta yang sampai ke garisan
penamat akan mendapat pingat. Sebanyak 300 hadiah cabutan bertuah
disediakan.
Pendaftaran:
Tarikh tutup pendaftaran adalah 31
Julai 2014
Pendaftaran boleh dilakukan di sini
dengan mengisi borang yang disediakan. Untuk download borang yang boleh dicetak,
sila click link berikut:
Ringkasan Program
Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree
2014 / Kayuhan Merdeka Bukit Hijau 2014 ini merupakan satu usaha integriti
sosial dalam skop kesukanan dan alam semulajadi, dengan kerjasama Kerajaan
Negeri Kedah. Ini adalah selari dengan peranan dan tanggungjawab Kelab Sukan
Rekreasi JPC yang ditubuhkan dalam usaha untuk mempromosi aktiviti sukan lasak
kepada rakyat Malaysia amnya. Pelbagai manfaat dan faedah diperolehi oleh semua
yang terlibat dalam acara ini secara langsung mahupun tidak langsung seperti
dapat mengalakkan gaya hidup sihat dan menanam semangat patriotik dan cintakan
negara.
Tarikh 31 Ogos dipilih iaitu Hari
Merdeka Malaysia, dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia era ini amat
serius dalam menjalani kehidupan yang sihat dan dapat mengalakkan para peserta
melakukan aktiviti yang bermanfaat di waktu cuti. Selain itu, ia juga bertujuan
merapatkan kerjasama antara agensi kerajaan yang terlibat sebagai pemangkin
kepada aktiviti-aktiviti sosial seperti ini. Para Peserta juga dapat beramal
dimana setiap RM1 dari yuran pendaftaran akan didermakan kepada rumah-rumah
anak yatim yang terpilih.
Diharapkan melalui jambori basikal
ini, kita akan dapat menggangkat dan memartabat kewibawaan Kelab Sukan Rekreasi
JPC dalam usaha mempromosikan aktiviti sukan lasak kepada rakyat Malaysia,
dapat memperkenalkan Hutan Lipur Bukit Hijau sebagai salah sebuah tempat
pelancongan yang menarik disamping dapat meningkat dan memantapkan ilmu
berasikal disamping komitmen dan keakraban ukhwah khususnya dalam jiwa setiap
para peserta.
Program Tentative
06.30 am: Registration
07.30 am: Opening and Launching
Ceremony
12.30 pm: Luncheon
01.00 pm: VIP and Invitations Arrival
Closing Ceremony and Prize
Giving Ceremony
02.00 pm: Dismiss
Hubungi / Contact:
Ammar B. Mohd. Mariti - 016 435 8364
Faruk Hassan B. Redzzuan - 013 281
8430
Facebook: Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014
Laluan pertandingan